Friday, June 26, 2009
PETUA ANAK SENANG TIDUR
Anak sulung aku ni.. senang je nak bagi tidur. tak ade kaedah lain... ambil kayu panjang yang dibeli di Kuala Kangsar... lepas tu garulah dibelakangnye... tak kira dia nak tidur waktu siang ke malam ke... garu 10 minit... tengok2 tertidurlah sudah... kan senang kaedah ini.
Anak bongsu aku pulak kalau nak tidur mesti dalam doi... almaklumlah kecil lagi. Dia ni suka aku nyanyi... kalau wirid tu lambat juga nak tidur.. Kaedah hayunan tu selalunya orang gedik doi buaian dari atas ke bawah...tapi anak aku suka aku buai cara melintang cara khatulistiwa...
Kalau tak pandai nak bagi anak tidur jawabnya si abang mengacau si adik... si adik pun teriaklah.. yang penat mak dia juga... yang tengok bapa dia juga.
Monday, June 22, 2009
SUKA BERKHAYAL.....

Inilah aku... suka mengelamun, berfikir macammanalah satu hari nanti .... sebenarnya aku ni teringin sangat diri aku ni nak masuk dalam televisyen... nak fopular lah katakan. Bolehkah orang macam aku ni orang nak bawa masuk dalam televisyen aku ni bukanlah Barack Obama boleh satu dunia tengok ,bukan pula mawi world. Aku teringin sangatlah nak masuk dalam televisyen... yang tu aku tak pasti. Sampai mati pun .... aku rasa aku tak boleh masuk dalam televisyen. Siapalah aku ni.... aku rasa elok aku pi jumpa astro ke tv3 ke nak buat rancangan macam erra fazira gugu gaga erra fazira... nak bagi mandi anak pun masuk televisyen... dasyat tu. Aku ni bagi mandi anak pun tak ada siapa peduli. Kalau boleh... aku nak jadi blogger terkenal... lepas tu masuk televisyen. Ally Iskandar interview aku... ni konon-konon aku glamerlah ni.... Ya Puan Rafidah puan merupakan blogger yang terkenal di Malaysia.. Bagaimana boleh puan berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat ini. Ya seperti mana anda tahu, saya merupakan pelajar sains komputer.... basic komputer wajib diketahui . So bolehlah kita libatkan diri dalam dunia tanpa sempadan ini. Oang kata kalau berminat dengan komputer ni. otak pun ikut sekali macam otak komputer. Cakap dengan orang pun pakai tangan. Mana tak nye nak chatting pun jarilah jenuh taip.. Betul tak. Ally bertanya lagi mana awak dapat idea -idea mencipta artikel-artikel dalam blog awak ni. Saya menulis mengikut gerak hati saya bukan otak saya. Saya seorang yang berpandangan jauh, saya terapkan disiplin dalam hidup saya. Kemana ada kemahuan di situ ada jalan. Hidup ini satu caturan, kadang-kadang apa yang kita lakukan yang baik untuk kita, mesti ada benteng di depan kita memagari hidup kita.
Labels: berkhayal
Subscribe to Posts [Atom]