Monday, June 22, 2009

 

SUKA BERKHAYAL.....


Inilah aku... suka mengelamun, berfikir macammanalah satu hari nanti .... sebenarnya aku ni teringin sangat diri aku ni nak masuk dalam televisyen... nak fopular lah katakan. Bolehkah orang macam aku ni orang nak bawa masuk dalam televisyen aku ni bukanlah Barack Obama boleh satu dunia tengok ,bukan pula mawi world. Aku teringin sangatlah nak masuk dalam televisyen... yang tu aku tak pasti. Sampai mati pun .... aku rasa aku tak boleh masuk dalam televisyen. Siapalah aku ni.... aku rasa elok aku pi jumpa astro ke tv3 ke nak buat rancangan macam erra fazira gugu gaga erra fazira... nak bagi mandi anak pun masuk televisyen... dasyat tu. Aku ni bagi mandi anak pun tak ada siapa peduli. Kalau boleh... aku nak jadi blogger terkenal... lepas tu masuk televisyen. Ally Iskandar interview aku... ni konon-konon aku glamerlah ni.... Ya Puan Rafidah puan merupakan blogger yang terkenal di Malaysia.. Bagaimana boleh puan berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat ini. Ya seperti mana anda tahu, saya merupakan pelajar sains komputer.... basic komputer wajib diketahui . So bolehlah kita libatkan diri dalam dunia tanpa sempadan ini. Oang kata kalau berminat dengan komputer ni. otak pun ikut sekali macam otak komputer. Cakap dengan orang pun pakai tangan. Mana tak nye nak chatting pun jarilah jenuh taip.. Betul tak. Ally bertanya lagi mana awak dapat idea -idea mencipta artikel-artikel dalam blog awak ni. Saya menulis mengikut gerak hati saya bukan otak saya. Saya seorang yang berpandangan jauh, saya terapkan disiplin dalam hidup saya. Kemana ada kemahuan di situ ada jalan. Hidup ini satu caturan, kadang-kadang apa yang kita lakukan yang baik untuk kita, mesti ada benteng di depan kita memagari hidup kita.

Labels:


Comments:
Pi ra mabuk...
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]