Sunday, August 30, 2009
HARI KEMERDEKAAN...

Dulu bila tiba Hari Kemerdekaan aku hanya menyertai perarakan berkawat memusing jalan saja.. Pada tahun 2006.. tepat pukul 12 tengah malam orang sambut merdeka dengar bunyi mercun phom. phom... phom.. aku dok dalam dewan bersalin.. kontraksi demi kontraksi.. adoi.. macamni ka rasa nak beranak.. dalam hati aku mesti anak aku anak merdeka ni.
Beranak tak beranak juga.. aku ditolak dengan katil bergerak. Aku nampak suami dan jururawat mengangkat aku untuk diletakkan atas satu lagi katil kecil bergerak.. ala selalu kita dok nampak kat hospital untuk emergency case. Aku ditolak ke bilik pembedahan.. time tu hanya Tuhan saja yang tahu... lepas pembedahan tangan aku terketar-ketar maklumlah hospital yang aku beranak tu pasang aircon kuat sangat.
Alhamdullilah.. pukul 9.50 pagi anak sulung aku pun keluar melalui perutku yang dibedah.. tragis sungguh aku ni. Malah lahirlah zuriat pertamaku.. anak merdeka.
Sememangnya anak aku anak merdeka.. kalau dia tengok lagu Merdeka kat TV mesti cepat-cepat dia cari bendera Malaysia untuk dikibarkan. Semangat patriotik sungguh..
Inilah kisah hari Merdeka.. akan kukenang sampai ke akhir hayat.
Comments:
<< Home
Nama anda sudah di senaraikan di dlm kami blogger.No ID anda adalah 929.... Sila letakkan no. ID anda di atas widget kami blogger anda bagi memudahkan org mencari blog anda...TQ
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home
Subscribe to Posts [Atom]

Post a Comment